Monday 10 June 2013

PROGRAM-PROGRAM BUDI PENYAYANG

                                            AKTIVITI 1
                               KEMPEN MENDERMA DARAH 







AKTIVITI 2
MELAWAT RUMAH ORANG-ORANG TUA








AKTIVITI 3 
KEMPEN BERHENTI MEROKOK (SERIBU TANDATANGAN)






Friday 31 May 2013

masalah gejala sosial dikalangan pelajar



Negara sedang berhadapan dengan masalah sosial di kalangan pelajar yang semakin hari semakin serius.Ia membimbangkan semua lapisan masyarakat.Justeru itu,dalam entri kali ini.saya ingin berkongsi sedikit pendapat tentang gejala sosial dikalangan remaja terutama sekali pelajar sekolah.Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan.Di bawah ini serba sedikit statistik yang saya dapat kongsikan.Statistik ini saya dapatkan daripada laman sesawang.






banyak yang boleh kita perkatakan sebab sebab berlakunya masalah gejala sosial ini.Selepas saya membuat beberape kajian dan membaca beberape artikel di laman sesawang dan media massa yang lain saya telah menyenaraikan beberape punca.antaranya ialah, PENGARUH MEDIA MASSA,INTERNET,INSTITUSI KELUARGA YANG KURANG KUKUH,PENGARUH RAKAN SEBAYA dan lain lain lagi.Apa yang saya dapat huraikan disini,Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.Didikan ibubapa amatlah penting.Anak anak yang kurang didikan dan kasih sayanglah yang mudah terjerumus dalam masalah ini.Kebiasannya ibubapa yang sibuk dengan harta benda dunia menyebabkan kurangnya masa bersama anak-anak.Oleh yang demikian,sebagai ibubapa yang bertanggungjawab haruslah mencari sedikit masa dan ruang dalam mendidik dan membentuk anak-anak kearah yang lebih baik.Kurangnya masa bersama anak-anaklah yang menyebabkan anak-anak akan lebih terpengaruh dengan kawa-kawan.Kawan-kawan adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas ibubapa dan keluarga,Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.Ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat konklusikan,punca-punca berlakunya masalah gejala sosial.DI bawah ad beberapa keratan akhbar yang saya ingin kongsikan.










Permasalahan ini tidak akan selesai jika setiap pihak tidak bekerjasama dan memainkan perananmereka dengan bijak dan serius. Hal ini kerana mungkin dengan kemuafakatan antara satu pihak dan pihak yang lain akan membawa satu revolusi baru terhadap masalah sosial dalam Negara kita. Natijahnya marilah kita sama-sama membincangkan apakah peranan yang boleh kita utarakan bagi setiap pihak dan kita sama-sama menganalisa setiap tindakan yang diambil agar usaha itu dapat direalisasikan dengan efektif.
Anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakannya. Peribahasa diatas jelas menggambarkan bahawa ibu bapalah yang akan mencorakan keperibadian anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah memberikan anak mereka pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna ialah pendidikan yang harus diberikan kepada anak-anak mereka yang merangkumi segenap aspek iaitu duniawi dan ukhrawi. Pendidikan duniawi dapat mengajarkan anak-anak kita akan kepentingan ilmu dalam mengharungi arus kemodenan yang kian mencabar dari tahun ke tahun ini. Pendidikan ukhrawi pula dapat mendidik anak-anak mereka agar mentaati perintah Allah, Rasul-Nya, ibu bapa, saudara mereka serta alam sekitar. Bukan itu sahaja malah dengan didikan ini anak-anak akan dapat membezakan antara perkara hak dan yang batil. Hal ini kerana apabila kedua-dua pendidikan ini dapat diterapkan dan disemadikan dalam diri anak-anak mereka, maka keseimbangan rohani dan jasmani anak-anak mereka semakin kental dan mantap ibarat sebuah perisai yang ditempa daripada sumber galian yang berkualiti yang dapat mematahkan segala serangan pihak lawan di sekeliling mereka. Natijahnya, apabila anak-anak mereka berhijrah tidak kira walau di mana sekali pun mereka berada, mereka akan dapat menjaga diri mereka serta dapat menjauhkan diri daripada pelbagai gejala sosial. Oleh itu, ibu bapa haruslah meletakkan kepercayaan mereka kepada anak-anak mereka bahawa anak-anak mereka dapat menghindarkan dirinya daripada dinodai oleh dunia jenayah yang kian marabahaya ini!peranan seterusnya yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah jenayah dalam kalangan remaja adalah dengan mendedahkan kepada remaja-remaja kini akan keburukan pengambilan najis dadah ini dengan menganjurkan pelbagai ceramah dan kempen! Jika pihak kerajaan berjaya mempengaruhi pemikiran remaja-remaja zaman ini dengan memahamkan fakta-fakta mudah tentang implikasi yang akan diterima apabila terlibat dengan masalah sosial ini kepada mereka secara terperinci, jelas dan efektif nescaya sedikit sebanyak mereka akan mula menjauhi perkara tersebut. Walaupun sudah berjaya memahamkan mereka tentang hal ini, pihak kerajaan seharusnya tidak boleh berasa senang atau bergoyang kaki kerana usaha anda mungkin atau lebih tepat lagi mudah dikalahkan dan dipatahkan oleh pengaruh yang lebih besar lagi kelak. ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka juga seperti mengawasi pergaulan anak-anak mereka bersama-sama dengan rakan-rakan di sekeliling mereka. Bukan sahaja rakan-rakan mereka yang harus di pantau sepanjang masa malah dengan kaum kerabat yang terdekat seperti sepupu-sepupu mereka juga harus diawasi dengan cermat. Natijahnya, pihak kerajaan sebagai orang luar dan pihak ibu bapa sebagai orang paling hampir dengan anak-anak mereka haruslah bekerjasama dan berfikiran kreatif, kritis, positif dan inovatif serta sanggup menerima sebarang kemungkinan dan menyelasaikannya secara sistematik dan proaktif.Konklusinya, setiap usaha yang kita lakukan haruslah dilaksanakan bersama-sama agar usaha yang dilakukan itu dapat direalisasikan dengan sempurna.Sebelum saya menutup entri saya pada kali ini,saya ingin memberi sedikit pendangan dan pendapat. Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.